
ELLEN POMPEO berjalan memakai selipar di Los Feliz, California, baru-baru ini.
LOS ANGELES - Bintang siri televisyen Grey Anatomy, Ellen Pompeo mempunyai enam jari kaki pada kedua-dua kakinya, lapor sebuah akhbar semalam.
Pendedahan itu terbongkar selepas dia berjalan dengan memakai selipar di Los Feliz, California, baru-baru ini.
Aktres berusia 40 tahun itu memakai selipar semasa menuju ke sebuah kereta.
Dia memakai seluar jean ketat sambil mengendong anaknya, Stella yang bakal menyambut hari lahir pada 15 September depan.
Bagaimanapun, baru-baru ini dia mendedahkan mahu berhenti melakonkan wataknya sebagai Dr. Meredith Grey dalam siri Grey Anatomy.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: