Thursday, September 23, 2010

Jangan Pandang Belakang Congkak 2 Boleh Tahan

Masih mengekalkan corak penceritaan yang sama, tidak banyak yang boleh diharap melalui Jangan Pandang Belakang Congkak 2 (JPBC 2). Cuma yang berbeza adalah kehadiran Nora Danish sebagai penyeri dan ketiadaan Shaheizy Sam.

Bagi pengarah filem ini, Ahmad Idham, beliau sendiri mengakui selesa mengenengahkan konsep asal filem box office ini.

"Saya menyambung terus sekuel ini daripada yang pertama tanpa merubah atau menambah agar penonton selesa dan kenal dengannya. Namun saya yakin filem ini amat menarik kerana saya selitkan insiden atau mitos yang biasa dengan masyarakat Melayu.



"Saya lebih senang bikin filem yang ringkas agar khalayak senang untuk memahaminya tanpa perlu banyak berfikir. Kalau mereka faham dan terhibur dengannya, maknanya saya sudah berjaya dan mencapai matlamat," ujarnya ketika ditemui pada majlis tayangan media filem JPBC 2.

JPBC 2 mengisahkan Punai (Mazlan Pet Pet) dan Asmat (Cat Farish) dalam usaha menewaskan Mustika (Lisa Surihani) dan Pak Mor (Azlee). Mereka akhirnya dipertemukan dengan Wak Ketari (Bob Kuman) untuk mempelajari ilmu kebomohan.

Kehadiran Seha (Nora Danish) telah menguatkan lagi azam mereka untuk menuntut ilmu batin. Saksikan filem ini di pawagam bermula 7 Oktober di pawagam berhampiran.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: