![]() |
| |
ATAS nama cinta, perasaan sayang akan merapatkan jurang perbezaan. Dalam kesibukan mengejar cita-cita, ibu bapa akan merapati anak mereka hanya kerana cinta. Begitu juga cinta suami terhadap isterinya, kasih sayang di antara adik-beradik, perasaan kasih di antara sahabat dan juga cinta kepada diri sendiri.
Justeru itu, Follow Me percaya bahawa apabila anda mengasihi seseorang, anda akan memberikan yang terbaik untuk mereka. Kepercayaan itu terpapar di jenama ini - “Follow Me. Follow Love.” Bagi memastikan produk yang terhasil mencapai kualiti yang baik dan selamat, Follow Me mengenakan kawalan ketat dan piawaian berkualiti tinggi yang digariskan oleh rakan niaga, Earth Chemical, di Tokyo, Jepun.
Selain menampilkan produk bertemakan kasih sayang, Follow Me akan melaksanakan beberapa projek tanggungjawab sosial korporat (CSR). Dalam memulakan projek CSR ini, Follow Me akan bekerjasama dengan Yayasan Kebajikan Budimas, sebuah organisasi kebajikan yang dikenali ramai mulai November 2010 depan.
Follow Me akan menaja dan melawat rumah-rumah Budimas dan memberi kasih sayang dan keceriaan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik selama enam bulan. Ciri-ciri kesayangan dan cinta patut dipupuk dari usia yang muda supaya bila dewasa, mereka akan menyebarkan rasa kasih sayang kepada kanak kanak dimasa yang akan datang.
Dalam pada itu, Follow Me terhasil daripada keperluan ekonomi pada pertengahan 1980-an, ketika negara menghadapi kegawatan ekonomi. Pengasas Follow Me, Mr. Lim Hooi Teik, prihatin terhadap kebimbangan pelanggan, kerana industri penjagaan peribadi telah didominasi oleh jenama multinasional yang lebih mahal harganya.
Hari ini, Follow Me mempunyai rangkaian komprehensif penjagaan peribadi dan produk isi rumah, termasuk penjagaan kulit, penjagaan rambut, penjagaan tubuh, produk lelaki, dandanan rambut, wangian dan produk isi rumah untuk memenuhi keperluan semua.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: