![]() |
| GAMBAR kesan deraan dipercayai dilakukan majikan terhadap Winfaedah selepas dia ditemui di tepi jalan di Nibong Tebal, Pulau Pinang baru-baru ini. |
JAKARTA - Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Muhaimin Iskandar semalam melarang calon pembantu rumah pergi bekerja di Malaysia sehingga pemerintah republik itu mampu memberi perlindungan sewajarnya kepada mereka.
Kenyataan itu adalah reaksi kepada kejadian terbaru penganiayaan terhadap amah Indonesia bernama Winfaedah di Malaysia pada 13 September lalu.
Kejadian itu, katanya, menjadi bukti bahawa mereka menanggung risiko tinggi jika pergi bekerja tanpa dokumen rasmi.
"Jadi jangan berangkat ke Malaysia dulu sampai ada perlindungan yang jelas,'' katanya di Denpasar, Bali yang dipetik portal berita Kompas.Com.
Selain Malaysia, dua negara lain yang turut diminta dihindari calon-calon itu sehingga ada kepastian perlindungan terhadap mereka ialah Kuwait dan Jordan.

Baguslah kalau dah larang , takdelah mereka merayap kat sini
ReplyDeleteyer.. aku sokong.. buat apa susah2 nak dtg malaysia... sepatutnya rakyat jelata indonesia ni berurusan la dgn pemerintah republik mereka tu berkaitan pekerjaan, tempat tinggal makan minum segalanya.. ini tidak, knp la ketagih dan beria ia sgt nak dtg malaysia cari keje kat sini.. knp hidup kat negara sendiri susah ke?? tak cukup pekerjaan ke?? layanan terlalu istimewa ke kat sana?? berbaloi ke pulangan hasil setelah penat lelah keringat ditabur kat negara sendiri?? banyak persoalan ni.. tp aku terpaksa stop dulu.. malas aku nak layan benda2 mcm ni..
ReplyDelete