Wednesday, September 22, 2010

12 syarikat kuih bulan dapat sijil halal


UMAT Islam kini boleh menikmati keenakan kuih bulan selepas Jakim mengeluarkan sijil halal kepada 12 syarikat pengeluarnya. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengeluarkan sijil halal kepada 12 syarikat pengeluar kuih bulan yang produknya boleh dimakan oleh masyarakat Islam.

Ketua Penolong Pengarah Cawangan Pengeluaran Sijil dan Logo Halal Jakim, Abdul Hamid Mohamed Salleh berkata, syarikat yang mendapat pengesahan halal tersebut ialah HYT Food Industries Sdn. Bhd., Leong Yin Pastry Sdn. Bhd., Sakura Food Manufacturing (M) Sdn. Bhd., TT Food Manufacturing Sdn. Bhd. serta The Baker's Cottage Sdn. Bhd.

Selain itu, katanya, syarikat LB (Lian Bee) Confectionery Sdn. Bhd., KLT Food Industries Sdn. Bhd., King's Confectionery Sdn. Bhd., Tanjung Omega Sdn. Bhd., Tuan Sanawi Tuan Ngah Sdn. Bhd., Ayamas Food Corporation Sdn. Bhd. dan Bake Station Sdn. Bhd. turut diberi sijil halal tersebut.

"Sekiranya kuih bulan tersebut ada tertera sijil halal Jakim, ia boleh dimakan dan dibeli dan umat Islam tidak perlu ragu-ragu untuk makan kuih bulan yang tertera sijil halal tersebut," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: