Monday, September 27, 2010

Harap Tak Timbul Kontroversi - Nora Danish

Tak dinafikan memang banyak kontroversi yang menyelubungi kehidupan ibu tunggal ini. Berita perkahwinan, perceraian, isu berkahwin lagi dan terbaru Nora meminta agar penampilannya dalam filem Jangan Pandang Belakang Congkak 2 tidak disensasikan.

"Memang Nora ada masalah untuk melakonkan watak berkemban dalam sungai. Nora tak mahu berlakon seksi dan sebab itu Nora menutup bahagian atas agar tidak terlalu menghairahkan," katanya memohon agar perkara tersebut tidak dibangkitkan.

Sememangnya waktu pra tonton bersama media, babak tersebut kelihatan menggiurkan. Masakan tidak yang menonton tidak habis bercerita babak tersebut selepas habis tayangan.

Namun pengarah, Ahmad Idham menekankan babak tersebut hanyalah sebagai gambaran kepada perasaan lelaki ketika melihat wanita cantik. Tidak terniat baginya untuk mengeksploitasi kecantikan tubuh badan wanita.

Walau apapun, ManggaOnline tak sabar melihat Nora dalam drama terbaru lakonannya, Putera Katak yang telah memaksa Nora untuk membelai dan memberi ciuman kepada makhluk tersebut.

Nafi Berkahwin

Ketawa Nora ketika diajukan soalan terbabit. Tiada jejaka yang bertakhta dihatinya, bagaimana boleh timbul isu ingin berkahwin.

"Saya tak ada calon lagi. Apa yang tersebar di internet adalah palsu. Jejaka tersebut sekadar kenalan biasa dan baru dua bulan kami berkenalan.

"Saya masih single dan tak target untuk kahwin kerana hidup saya sudah lengkap dengan kehadiran Rayqal. Memang banyak lelaki namun untuk cari yang berkualiti dan baik agak susah," katanya yang masih berhubung baik dengan bekas suami.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: