Sunday, September 26, 2010

Dalami ilmu lensa

KAMERA jenis refleksi lensa tunggal digital (DSLR) kini umpama satu aksesori atau gajet wajib buat remaja masa kini. Semakin ramai remaja dilihat bersama kamera sedemikian atau bergambar menggunakannya.

MINAT SAMA...sebahagian remaja yang berkongsi minat dalam bidang fotografi.
MINAT SAMA...sebahagian remaja yang berkongsi minat dalam bidang fotografi.

KEMAHIRAN...ahli kelab cuba memahirkan diri dengan penataan cahaya dalam bidang fotografi. KEMAHIRAN...ahli kelab cuba memahirkan diri dengan penataan cahaya dalam bidang fotografi. BEGINI...Azizan memberi tunjuk ajar kepada ahli kelab fotografi. BEGINI...Azizan memberi tunjuk ajar kepada ahli kelab fotografi.

KEMAHIRAN...ahli kelab cuba memahirkan diri dengan penataan cahaya dalam bidang fotografi.


Di sebalik itu, sekumpulan remaja yang meminati fotografi berusaha ke arah mendalami ilmu serta seni bidang itu.

Seorang daripada remaja berkenaan, Danial Nuruddin Azlan, 16, berkata dia meminati fotografi sejak sekolah rendah kerana tertarik dengan kebolehan jurugambar terkenal merakam detik dan pemandangan indah.


Menurutnya, dia melihat gambar yang dirakam jurugambar berkenaan sebagai hasil seni luar biasa dan memerlukan kemahiran tinggi.

Remaja yang mesra dengan panggilan Danial itu yang menjadikan alam sekitar sebagai inspirasi, turut mendapat sokongan keluarga.

Dia yang turut berkongsi hobi itu dengan adiknya, Dinna Natasya Azlan, 14, sentiasa tidak puas untuk belajar mengenai selok-belok bidang berkenaan kerana dunia seni fotografi sentiasa berkembang sama ada revolusi kamera itu sendiri mahupun kemahiran seseorang jurugambar.

"Saya sebenarnya suka melihat alam sekitar seperti pantai, hutan serta air terjun, dan dengan minat itu akhirnya tercetus pula minat dalam bidang fotografi bila saya mula menggemari aktiviti merakam gambar keindahan alam.

"Dunia fotografi dan hobi baru ini lebih membawa saya untuk bergaul dengan ramai kawan. Jika sebelum ini saya lebih banyak menghabiskan masa di depan komputer bermain permainan komputer, tetapi kini beralih kepada bidang seni sebegini," katanya.

Danial juga menjadikan karya Michael Yamashita sebagai sumber untuk mendapat ilham dalam menghasilkan gambar menarik.

Menurutnya, dia meminati Yamashita kerana sentuhannya sangat menarik dan banyak bermain dengan unsur alam sekitar.

Dinna Natasya atau lebih mesra dengan panggilan Tasha pula meminati fotografi dan menjadikannya sebagai hobi sejak belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Gambir.

Menurutnya, minatnya semakin bercambah apabila sekolahnya mewujudkan kelab fotografi dan memberi

"Saya mengikuti kelab ini kerana ingin menambah ilmu fotografi dan juga menghasilkan gambar menarik seperti idola saya iaitu Zainal Abdul Halim, bekas jurugambar Reuters.

"Kalau boleh, saya ingin mengikuti bengkel yang dijalankan oleh Zainal kerana pengalamannya yang luas dalam bidang terbabit," katanya.

Tasha juga bercita-cita menjadi jurugambar profesional dan mungkin bekerja dengan agensi media terkenal seperti Reuters atau National Geography.

"Sebab itu saya ingin belajar sebanyak mungkin mengenai bidang fotografi supaya satu hari nanti cita-cita saya tercapai dan mungkin menjadi jurugambar wanita pertama di Malaysia bekerja dengan agensi media dunia itu," katanya.

Seorang lagi rakan mereka yang berkongsi minat sama, Siti Afiqah Hashim, 14, pula meminati fotografi kerana suka melihat gambar menarik di Internet selain jurugambar bekerja, terutama yang merakam detik bersejarah seperti majlis perkahwinan dan perayaan di Malaysia.

Dia yang lebih mesra dengan panggilan Fiqah meminati bidang fotografi potret dan jalanan kerana menurutnya fotografi jenis itu memberi impak mendalam kepada orang yang melihat gambar itu.

Selain merujuk kepada Internet, Fiqah membaca majalah serta buku berkaitan fotografi selain keluar untuk mencuba sesuatu yang di belajar bersama rakan dan ahli kelab.

"Saya selalu melayari laman web seperti Big Picture (www.boston.com/BigPicture) dan Getty Images (www.gettyimages.com) untuk melihat gambar menarik dari seluruh dunia.

"Di samping itu, saya sering bertukar-tukar pendapat dengan rakan seperti Tasha dan Danial dalam mendapatkan idea serta teknik baru fotografi," katanya.
Ketiga-tiga mereka dan ahli kelab berkenaan kini mendapat tunjuk ajar daripada Azizan Aziz dari Strobist Master yang sering menganjurkan bengkel seni fotografi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: