
Pelakon dan model berusia 45 tahun ini berjaya mengawal berat badannya sehingga dia boleh memakai seluar jenama Calvins tersebut yang dipakainya pada usia 15 tahun ketika itu.
“Ia tidak cantik dengan saya tetapi saya selesa dan betul-betul kena dengan bentuk badan saya.
“Saya kelihatan seperti sosej ketika memakainya tetapi saya tetap akan memakainya kerana saya masih boleh memakainya,” akui Shields.
Shields yang mempunyai dua orang anak perempuan iaitu Rowan, 6, dan Grier, 4, bersama suaminya Chris Henchy baru-baru ini mendedahkan untuk membesarkan anak-anak bukan perkara yang mudah tambahan lagi umurnya yang semakin meningkat.
“Salah satu sebab kenapa saya mahu anak yang ramai adalah memudahkan mereka untuk berdepan dengan saya, saya tidak mahu mereka berasa keseorangan,” katanya yang juga anak tunggal dalam keluarganya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: