
Program berjudul Semua Untukmu... Anuar Zain adalah program khas yang menampilkan 20 koleksi lagu-lagu popular Anuar sejak berkecimpung dalam industri ini.
Selain itu, program selama satu jam setengah ini turut memaparkan enam segmen yang merangkumi genre lagu-lagu Pop dan Balada.
Menurut penyanyi lagu Lelaki Ini, program ini istimewa ditujukan khas buat peminat-peminat yang lama menantikan kemunculannya di televisyen.
“Saya terharu diberi peluang oleh penerbit untuk menyanyikan lagu kegemaran saya dan lagu terbaru yang saya minati dan belum pernah saya bawakan sebelum ini dengan nafas baru dan segar,” katanya ketika sidang akhbar selepas rakaman Program Semua Untukmu... Anuar Zain.
Dalam pada itu penyanyi wanita popular yang tidak asing lagi bagi Anuar iaitu kakaknya Ziana Zain turut tampil sebagai menyanyi undangan.
Antara lagu-lagu yang didendangkan oleh Anuar Zain dalam enam segmen iaitu medley Pandangan Pertama, Permata, Suria Siarra. Medley Jangan Bersedih Lagi, Mungkin, Keabadian Cinta. Medley Perpisahan Ini, Ketulusan Hati, Lelaki Ini, Semua Untukmu, medley Hanya Kau Yang Mampu, Terima Kasih Cinta, medley Jerat, Fly Me To The Moon, Sesucinya Cintamu dan juga medley Bila Resah dan Kau Bunga Cintaku.
Penampilan istimewa oleh Ziana Zain, turut menyemarakkan lagi suasana di studio dengan persembahan solo lagu Dingin. Manakala, Anuar Zain juga berduet dengan lagu Lara dan Suasana Hari Raya sebagai penutup persembahan program tersebut.
Semua Untukmu... Anuar Zain ini diterajui oleh Muhamad Sufian Isa selaku penerbit eksekutif dan Ahmad Shaifullizam Arshad (Gbam) selaku penerbit dan pengarah dari Primeworks Studios. Ia bakal ke udara pada Hari Raya Aidilfitri ketiga, jam 6.00petang di TV3.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: