Wednesday, September 1, 2010

Abby - Zul Sehati Sejiwa

Mesra sungguh melihat pasangan hangat ini. Tak mahu berenggang walau sesaat sewaktu majlis berbuka anjuran Skop Productions Sdn Bhd. Cuma tak nampak pula mereka makan sepinggan seperti Norman dan Memey. Mungkin masih mahu menjaga hubungan daripada terus menjadi perhatian peminat.

Hadir sedondon berbaju merah jambu, Abby dan Zul nampak manis sekali bersama. Berjenaka dan gelak tawa bersama bagai tiada apa yang berlaku walau teman wanita bekas suami turut hadir bersama dalam majlis tersebut. Nampaknya Abby dan Memey masing-masing bersikap profesional apabila timbul isu membabitkan kerjaya.

Memey dan Norman sudahpun sepakat memeterai ikatan pertunangan pada hari raya keempat nanti. Abby dan Zul pula bagaimana? Apa-apa pun sama-samalah kita mendoakan kebahagiaan pasangan bahagia ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: