Mendapat inspirasi emosi daripada wangian terlaris Estée Lauder, Pleasures, Pleasures Bloom baru memberi anda satu perasaan yang lebih terbuka.
Minyak wangi ini lebih nakal dan kontemporari daripada konsep ikonik yang asal. Ia mempunyai wangian bunga-bungaan dan buah-buahan yang menyingkap keriangan serta kelincahan kehidupan moden.
Adunan ini sesuai untuk wanita yang inginkan kebebasan dan suasana yang ceria.
Sesuai untuk wanita ingin terbeban dengan tugasan di rumah atau pejabat, wangian ini memberi animasi baru dalam menjalankan kerja harian,
Ia memberi keriangan yang mencerminkan dunia kita sekarang.
Pleasures Bloom bukan sahaja menekankan ketenangan dan ketenteraman tetapi memberi tenaga agar hari-hari yang dilalui lebih ceria.
Lihat sahaja watak model wanita, Hilary Rhoda yang menampilkan ciri nakal serta riang tetapi tidak lari daripada sifat feminin.
Hilary Rhoda duduk bersantai di sebuah padang yang dipenuhi bunga-bunga liar berwarna-warni. Memakai gaun tanpa lengan santai dengan tangannya menguis lembut rambutnya yang ditiup angin, sikapnya yang tampak relaks menyampaikan konsep utama wangian iaitu menikmati detik-detik manis kehidupan.
Minyak wangi ini segera membawa anda ke sebuah padang dipenuhi kelopak bunga berwarna-warni serta buah-buahan segar serta peonies merah samar berkembang ceria.
Bagi mereka yang mencuba wangian ini, semburan pertama menyapa adunan kesegaran buah-buahan.
Kita akan menikmati adunan buah anggur dan raspberi. Selain itu, aroma laici manis membangkit aura moden kepada godaan lembut bunga violet.
Seterusnya, hati pasti terpesona dengan kemewahan harmoni bunga-bungaan merah jambu peony, ros, jasmin dan lili hijau yang memukau.
Tidak ketinggalan, lulur lembut yang diadun bersama sentuhan patchouli dan vanila kehangatan kewanitaan.
Berbeza dengan minyak wangi sebelum ini, Pleasures Bloom hadir dengan botol dan kemasan penutup perak berkilat serta sekuntum fuchsia berkembang tersemat pada leher botol. Di atas botol wangian tertera cetakan bunga terang melambangkan wangiannya yang bertenaga dan segar.
Minyak wangi ini boleh didapati di semua kaunter Estée Lauder seluruh negara bermula 23 Ogos lalu.
Dalam pada itu, satu peraduan eksklusif aksi bergambar istimewa untuk pembeli minyak wangi ini akan berlangsung di Isetan KLCC bermula 27 Ogos lalu hingga 1 September ini.
Rakamkan gambar ringkas bersama Pleasures Bloom dan berpeluang memenangi hamper kecantikan istimewa daripada Estée Lauder Ultimate.
Nikmati dua minit tata rias oleh Estée Lauder, kemudian beri aksi terbaik di samping botol Pleasures Bloom. Gambar anda akan dihantar ke laman peminat, facebook Estée Lauder untuk diundi. Sepuluh pemenang terbaik akan memenangi hadiah yang bernilai RM1,500 setiap satu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: