Sunday, August 29, 2010

Wana-Daly Rapat, Tapi Bukan Bercinta

Wana, Daly dan Nashrin menunjukkan kemesraan antara satu sama lain ketika berjumpa di majlis berbuka puasa Suria FM di Hotel Swiss Garden, Kuala Lumpur, Khamis.

KEMESRAAN antara Wana dan Daly bukan lagi menjadi rahsia di kalangan media dan peminat mereka. Malah ada yang beranggapan kedua-duanya sedang menjalin cinta.

Baru-baru ini, keluar pula dakwaan mengatakan Wana atau nama sebenarnya Noriezuana Syed Shafudin dan Daly atau Fadali Mohd Darif baru putus cinta.

Namun, kemunculan Wana dan Daly di majlis berbuka puasa Suria FM di Hotel Swiss Garden pada Khamis, menimbulkan tanda tanya tentang hubungan pasangan itu.

Setelah ditegur, lain pula cerita yang diterima. Mereka sebaliknya mengesahkan hanya berkawan baik dan tidak pernah bercinta seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.

“Kami berkawan rapat sejak sama-sama mengikuti persembahan jelajah dan kebetulan sama-sama bernaung di bawah Warner Music,” kata mereka yang berduet dalam lagu Air Mata Jatuh Di Dalam.

Bermula daripada ajak-ajak ayam, mereka mula bergandingan dalam single tersebut. Setakat ini, lagu tersebut telah dinyanyikan dalam program Muzik Muzik 25.

“Apabila keluar cerita kami bercinta dan kemudian putus cinta, kami buat tak tahu sahaja. Tentang lagu itu pun tiada kena-mengena dengan hubungan kami.

“Kami sendiri tak tahu dari mana cerita itu keluar dan tak minta media keluarkan cerita seperti itu. Jadi tiada kena-mengena sama ada kami sengaja mensensasikan cerita untuk menaikkan nama masing-masing.

“Keluarga masing-masing juga tahu tentang hubungan kami. Jadi, mereka faham apabila keluar gosip-gosip itu,” jelas Wana dan Daly.

Tidak cukup sekadar cerita cinta Wana dan Daly, rakan seperjuangan Wana iaitu Nashrin dalam My Starz LG juga dikatakan sebagai orang ketiga yang menyebabkan mereka berantakan.

Bagaimanapun, kedua-duanya hanya tergelak dan menafikan hal tersebut kerana pada hakikatnya mereka langsung tidak pernah bercinta.

Buktinya, ketiga-tiga penyanyi itu juga kelihatan mesra dan baik ketika disatukan dalam sesi fotografi bersama-sama di majlis tersebut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: