One Nation Emcees dan Sabhi Saddi (dua dari kanan) ketika majlis berbuka puasa Suria FM di Hotel Swiss Garden, Kuala Lumpur, Khamis.CERITA mengenai penyatuan antara One Nation Emcees (ONE) dan Sabhi Saddi bukanlah suatu perkara baru dalam industri seni kerana diikutkan mereka telah bersama sebelum kumpulan itu menyertai Gangstarz musim kedua lagi.
Sejak salah seorang anggota ONE iaitu Kozae atau nama sebenarnya Mohamed Fareezan Mohamed Murtaza menarik diri daripada kumpulan itu pada awal Ogos lalu, Sabhi kembali bersatu dengan kumpulan yang dikenali dengan lagu Raja Gelek itu.
Menurut Mimi atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham, mereka mula menggunakan khidmat Sabhi buat sementara waktu sebelum menemui pengganti Kozae.
Lantas mereka akan membawa Sabhi ke mana sahaja majlis yang menjemput ONE untuk mengadakan persembahan. Malah ONE dan Sabhi sedang merencanakan suatu projek istimewa dalam filem 3GP.
“Kami sama-sama berlakon dan menyanyikan lagu runut bunyi untuk filem 3GP. Filem itu telah menjalani penggambaran pada Jun lalu dan dijangka akan ditayangkan pada tahun depan.
“Diikutkan, Sabhi dan ONE telah lama kenal dan kami pernah menyertai pertandingan Rexona No Sweat Dance Challenge pada 2006. Walaupun kami tahu dia tetap akan bergerak solo, tetapi tak salah kami memilih dia untuk bekerjasama dengan ONE kerana dia berbakat dalam tarian.
“Sebagai kawan, kami tidak kedekut untuk menyerapnya jika berpeluang,” kata Mimi ketika majlis berbuka puasa Suria FM di Hotel Swiss Garden, Kuala Lumpur, Khamis.
Dalam majlis tersebut, ONE turut menampilkan Sabhi menyanyikan lagu Syukur (Kau Yang Satu).
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: