MANILA - Ribuan penumpang Philippine Airlines (PAL) terkandas di Lapangan Terbang Ninoy Aquino semalam setelah 12 juruterbang syarikat penerbangan kebangsaan Filipina itu berhenti kerja secara mengejut dan berhijrah ke luar negara.
Keadaan memalukan itu menyebabkan jurucakap PAL, Jonathan Gesmundo terpaksa muncul menerusi siaran kebanyakan stesen radio dan televisyen tempatan bagi memohon maaf kepada orang ramai yang gagal menaiki pesawat.
"Mereka tidak menghantar notis awal kepada pihak pengurusan dan kami baru menyedari sedozen juruterbang telah meletak jawatan kelmarin kerana mahu mengejar tawaran gaji lumayan dengan syarikat penerbangan asing," katanya.
PAL ujar Gemundo, akan memfailkan dakwaan kepada juruterbang terbabit sebagai melanggar kontrak kerana masih berhutang jutaan peso dengan syarikat itu yang melatih juruterbang berkenaan selama enam bulan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: