BEIJING - Pihak berkuasa China mengambil inisiatif menubuhkan 50 pusat pembiakan panda gergasi di seluruh negara ekoran kes kematian tragik seekor anak panda selepas baru empat jam dilahirkan di Zoo Beijing pada awal musim panas ini.
Sebuah pusat di Chengdu, wilayah Sichuan di barat China yang dianggap 'ibu negara' panda gergasi dunia, berjaya menyaksikan kelahiran Jiao Qing, 10 hari lalu, bayi panda pertama masih hidup lama sepanjang musim pembiakan tahun ini.
Sekumpulan pakar haiwan dari Barat diketuai pengacara program televisyen hidupan luar terkenal Britain, Nigel Marven, yang juga duta panda China dibawa melawat ke pusat itu yang dirujuk sebagai kilang khas dan amat sensitif didedahkan kepada dunia luar.
Dianggarkan hanya tinggal 1,800 ekor panda di habitat semula jadi manakala 300 ekor lagi dipinjamkan kepada zoo-zoo di seluruh dunia sebagai pertukaran kebudayaan dengan sewa setiap seekor 10.6 juta yuan (RM4.9 juta) setahun.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: