Monday, August 23, 2010

Terima Boeing B737-800 pertama Oktober ini


PESAWAT Boeing B737-800 akan memiliki kapasiti yang lebih besar dan menawarkan keselesaan kepada penumpangnya.


KOTA KINABALU - Masalah kelewatan yang sering berlaku dalam penerbangan Malaysia Airlines (MAS), khususnya sektor penerbangan domestik dijangka dapat diselesaikan apabila kesemua 35 pesawat yang ditempah terutama jenis Boeing B737-800 dibekalkan dalam tempoh Oktober ini sehingga 2011.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Abdul Rahim Bakri berkata, sekurang-kurangnya tiga pesawat akan diterima pada tahun ini termasuk pesawat pertama dijangka tiba pada Oktober ini.

"Selebihnya dijangka dibekalkan sepanjang tahun 2011 secara berperingkat-peringkat," katanya kepada Bernama di sini.

Beliau diminta mengulas mengenai pelbagai rungutan rakyat terhadap perkhidmatan penerbangan MAS sejak kebelakangan ini.

Abdul Rahim menjelaskan, pesawat Boeing B737-800 merupakan pesawat berprestasi tinggi dengan kapasiti 150 penumpang yang saiznya lebih besar daripada pesawat sedia ada B737-400.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: