Monday, August 23, 2010

Kotak hiasan korporat eksklusif


AHMAD FAUZI menunjukkan kotak hiasan eksklusif yang ditempah pelanggan di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Serama Corporation Sdn. Bhd. (Serama Corporation), entiti perniagaan yang mempromosikan ayam serama sebagai ikon negara kini menawarkan rangkaian kotak hiasan korporat dengan ciri-ciri kesenian yang eksklusif.

Rangkaian produk yang dipromosikan di bawah jenama Serama Malaysia itu merupakan kotak cenderahati pelbagai rupa yang dihasilkan menerusi seni ukiran tangan.

Pengarah Urusan Serama Corporation, Ahmad Fauzi Mohamed berkata, setiap kotak yang dihasilkan itu mempunyai cerita sejarah dan seni ukiran yang berbeza mengikut kehendak pelanggan.

“Setiap kotak hiasan akan memiliki kira-kira 70 peratus daripada hasil seni ukirannya dan Serama Corporation akan mereka bentuk kotak tersebut terlebih dahulu sebelum dihantar ke Indonesia untuk proses pengilangan.

“Setiap aspek dalam kotak hiasan akan memiliki ciri-ciri tradisional tersendiri sama ada melalui reka bentuk ukiran tradisional atau moden seperti songket, batik, biji tamar, jewel of samara, royal heritage dan sebagainya,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Galeri Kraf Serama Malaysia di sini baru-baru ini.

Buat masa ini, majoriti pelanggannya terdiri daripada korporat, peminat seni tempatan dan antarabangsa serta pengunjung negara luar.

Produk Serama Malaysia turut menerima tempahan daripada pelanggan dari negara Jepun, Singapura dan juga Dubai.

Mengulas lanjut mengenai perniagaan kotak hiasan dan cenderahati Serama Malaysia, Ahmad Fauzi berkata, ia merupakan satu cabang perniagaan yang agak baru bagi Serama Coroporation.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: