ZULKIFELI (dua dari kanan) bersalaman dengan anggota tentera di Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas sempena majlis berbuka puasa Panglima Tentera Darat bersama warga 8 Briged, kelmarin.
Panglima TDM, Jeneral Datuk Zulkifeli Mohd Zin, berkata melalui projek Army Care itu semua kuarters daif akan dirobohkan serta dibangunkan dengan kediaman lebih selesa berbentuk kondominium, manakala yang lama akan dinaikkan taraf.
Melalui projek Army Care, banyak rancangan yang membabitkan usaha menaik taraf kediaman anggota serta pegawai dan ia akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mengikut keutamaan serta keperluan di kem tertentu, walaupun membabitkan perbelanjaan besar, katanya.
Beliau memberitahu pemberita pada majlis berbuka puasa Panglima Tentera Darat bersama warga 8 Briged, di Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas, dekat sini, malam kelmarin. Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kok Lanas, Datuk Mohd Alwi Che Ahmad.
Ditanya mengenai kenaikan gaji anggota TDM, Zulkifeli berkata, perkara ini tetap diberikan penekanan dan akan diteruskan sebagaimana yang dilakukan oleh bekas Menteri Pertahanan sebelum ini yang kini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Katanya, Najib sudah banyak berjasa dengan menambah baik syarat perkhidmatan termasuk menyediakan gaji serta elaun yang menarik dan TDM akan sentiasa memberi penekanan dalam perkara ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: