![]() |
| IMEJ menunjukkan seorang lelaki duduk di atas penyodok sebuah jentolak sementara menunggu tali kren (kiri) di mukim Beichuan baru-baru ini. |
BEICHUAN - Sebuah stesen televisyen, Sky News menunjukkan rakaman seorang lelaki duduk di atas penyodok jentolak bagi menunggu untuk diselamatkan semasa banjir menenggelamkan jentera itu, lapor sebuah akhbar semalam.
Lelaki itu diselamatkan dengan menggunakan tali sebuah kren selepas tiga anggota penyelamat yang menaiki sebuah bot gagal mendekati penyodok jentolak tersebut kerana arus deras baru-baru ini di mukim Beichuan.
Sebuah kren yang berdekatan kemudian digunakan untuk melemparkan tali ke arah lelaki itu.
Dia kemudian memegang kuat tali itu yang diikat dari kren berkenaan.
Lelaki itu membuat aksi seperti dalam filem Tarzan apabila dia bergayut pada tali tersebut untuk menuju ke sebuah jalan raya yang tidak ditenggelami banjir.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: