
AKTOR veteran Sylvester Stallone pernah menawarkan Steven Seagal dan Jean Claude Van Damme untuk terlibat sama dalam filem aksi terbarunya, The Expendables tetapi mereka telah menolak tawaran tersebut.
Sylvester inginkan mereka berdua untuk berganding bersama pelakon hebat lain seperti Bruce Willis, Arnold Schwarzenegger dan Jason Statham tetapi pelawaan itu ditolak. Kata Sylvester: "Saya menelefon Jean-Claude Van Damme dan Steven Seagal tetapi mereka mempunya idea berbeza mengenai karier. Saya telah mencuba."
Pengarah dan aktor berusia 64 tahun itu mengaku dia bergantung kepada kawan rapatnya untuk mendapatkan pelakon lain dalam filemnya itu. Tambah Sylvester: "Filem ini menggunakan bajet rendah. Malah ada di antara mereka bekerja tanpa keuntungan.
"Filem sebegini tidak dapat dilakukan pada tahun 1980-an. Saya pasti tidak akan mendapat Bruce dan Arnold pada tahun 1980-an kerana bayaran mereka amat mahal selain jadual mereka yang sibuk.
"Bayaran mereka mungkin adalah keseluruhan bajet filem ini. Tapi bayaran termahal sekarang ialah Jason. Namun, penglibatan dia adalah berbaloi."
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: