![]() |
| AYU kini berjauhan dengan anaknya yang dijaga oleh ibunya di Sabah. |
APRIL lalu, juara program realiti One In A Million (OIAM) musim kedua, Norayu Damit, 21, atau lebih dikenali sebagai Ayu sudah keluar membuat pengakuan. Dia tanpa berselindung lagi menyatakan dirinya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki.
Suaminya, Syed Fauzi Syed Baharuddin, 21, dan anaknya, Syed Nashrul Haikal yang kini berusia lapan bulan bagaimanapun tidak pernah dijaja di mana-mana medium media.
Memang mahu mengekalkan privasi, Ayu yang ditemui pada majlis pelancaran album Hangatnya Raya di Restoran Bora Ombak, Ampang, baru-baru ini, masih tetap dengan pendiriannya.
Lama tidak mendengar khabar sejak membuat pengumuman mengenai status dirinya, peluang bertemu dengan Ayu digunakan untuk bertanya tentang kehidupannya sebagai seorang ibu dan isteri. Bagi Ayu, tidak ada banyak bezanya berbanding dulu.
Cuma dia tidak dapat membiasakan diri apabila anaknya kini berada di bawah penjagaan ibunya di Sabah. “Sudah tiga bulan ibu saya menjaga anak saya di Sabah kerana saya tidak mempercayai orang lain menjaganya.
“Sebelum ini memang dia dijaga oleh ibu dan disebabkan ibu terlalu rindukan kampung, jadi ibu mahu pulang. Pada dua bulan pertama, saya selalu menangis apabila menelefon ibu, Kini masuk bulan ketiga, keadaan saya sudah bertambah stabil,” kata Ayu.
Selain rindukan kampung, ibu Ayu pulang ke Sabah kerana mahu menjalankan perniagaan kuih tradisional sempena bulan Ramadan ini.
Katanya, dia sendiri kini lebih suka memasak di rumah jika mempunyai masa terluang. Jadual hidupnya sebagai seorang isteri tidak lagi membuatkan dia terasa meluangkan masa untuk mengejar berbuka puasa di luar.
“Bulan puasa ini, saya dan suami lebih suka makan di rumah. Jadi saya akan memasak untuk berbuka puasa serta waktu sahur. Lagipun kami hanya akan balik ke Sabah seminggu sebelum menyambut raya.
“Saya dan suami juga mempunyai perancangan untuk menjalankan majlis cukur jambul anak saya di kampung nanti. Namun, itu semua masih dalam perancangan,” tambahnya yang kini menetap di Sungai Long, Kajang.
Mempunyai perancangan untuk melahirkan album terbaru dalam masa terdekat, bukan senang bagi Ayu untuk berkongsi cerita peribadinya kepada orang ramai. Keputusan berani Ayu pada April lalu dihadapinya dengan positif.
Malah, Ayu memberitahu dirinya sebenarnya sudah lali dengan kritikan dan itu adalah permainan biasa dalam industri hiburan.
“Kritikan itu adalah benda biasa sebagai artis. Kini saya mahu memulakan hidup baru. Lupakan semua berita mengenai perkahwinan dan anak. Saya mahu fokus kepada karier saya,” tambahnya.
Sementara itu bercakap tentang penglibatannya dalam album Hangatnya Raya bersama beberapa teman lain seperti Tomok, Black, Sheila, Hafiz dan Shahir serta deejay-deejay Hot.FM, kata Ayu kesempatan itu tidak mahu dilepaskan begitu sahaja.
Sementelah sebelum ini dia sendiri tidak pernah merakamkan lagu raya. Walaupun hanya menyanyikan lagu raya beramai-ramai iaitu untuk lagu.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: