Tuesday, August 17, 2010

SK Sri Langat sertai FACRIK 2010


Guru besar, guru dan murid SK Sri Langat, Banting sebelum bertolak ke Korea, baru-baru ini.


KUALA LUMPUR 16 Ogos - Seramai 25 orang termasuk guru besar, guru dan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Langat, Banting menyertai Festival Antarabangsa Cerita Rakyat Incheon Korea 2010 (FACRIK 2010) bermula Sabtu lalu hingga 18 Ogos ini.

FACRIK 2010 buat julung-julung kalinya diadakan pada peringkat antarabangsa dalam aspek kesenian dan tarian di peringkat sekolah rendah jenis kluster.

Guru besar sekolah tersebut, Sarmin Shabani berkata, festival tersebut bertujuan memperkenalkan tarian tradisional mengikut negeri-negeri di Malaysia di persada dunia.

"Kementerian Pelajaran bersama pihak swasta telah berganding bahu membantu menjayakan program ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, sebanyak RM50,000 telah dibelanjakan bagi menjayakan FACRIK 2010 itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: