Tuesday, August 17, 2010

Serum bantu bentuk wajah


BUAH berangan dipilih untuk membantu melancarkan sistem peredaran limfa.


BENARKAH jenis tudung mempengaruhi bentuk muka seorang wanita? Usah bimbang, dengan adanya teknologi terkini, wanita yang mengimpikan raut wajah sedemikian boleh memilikinya walaupun bertudung atau selendang biasa.

Bentuk wajah ini dikatakan sebagai raut wajah paling sempurna dari sudut simetrinya.

Bahkan, perkembangan teknologi kecantikan hari ini menunjukkan banyak peralatan yang dicipta untuk memenuhi kehendak tersebut.

Bagi mereka yang inginkan bentuk wajah secara semula jadi, Clarins Shaping Facial Lift Lipo-Drain Serum mungkin boleh membantu anda.

Dirumus khas untuk wanita Asia, serum tersebut telah dipertingkatkan menerusi penyelidikan dan pembangunan selama beberapa generasi melalui beberapa penambahbaikan.

Dengan tiga kali tindakan meraut wajah yang lebih mujarab di samping melepaskan lemak berlebihan, Clarins Shaping Facial Lift Lipo-Drain Serum membantu meningkat pengaliran cecair dan mengurangkan kesembapan wajah.

Ini sekali gus mencantikkan bentuk muka dengan menjadikannya lebih terserlah dan terangkat.

Secara teknikal, serum tersebut membawa tindakan luar biasa yang menghilangkan bengkak dan kesembapan muka selain secara khusus mensasarkan kepada lima saku lemak (dua pada pipi, dua bawah rahang dan satu bawah dagu) yang memberatkan muka.

Peredaran darah dan limfa yang sihat juga penting untuk membantu pelepasan lemak secara optimum

Ini kerana kelewatan melepaskan bendalir dalam saku lemak ini yang mengumpul lemak berlebihan mengakibatkan dagu berlapis.

Dalam pada itu, bagi memastikan keberkesanan penggunaan serum ini, kaedah mencantikkan wajah secara manual boleh dilakukan untuk membantu melancarkan penyaliran darah semula jadi muka.

Rawatan ini ideal untuk semua tanpa mengira usia bagi mengelakkan wajah kelihatan sembap, letih, tekanan serta melancarkan kitaran hormon pada waktu tertentu.

Sistem peredaran limfa memainkan peranan penting untuk mengekalkan kesempurnaan raut wajah.

Peredaran mikro limfa adalah peredaran pulang yang penting untuk menghapuskan sisa buangan yang terkumpul dalam tisu disebabkan kelesuan, pembendungan air, makanan atau alkohol berlebihan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: