Saturday, August 28, 2010

Senyuman Gergasi F&N




RIBUAN golongan belia membanjiri Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur untuk bersama-sama memeriahkan The Big F&N Fun Fest anjuran Fraser and Neave (F&N).

Acara itu tambah meriah apabila pengunjung dihidangkan dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk mereka baju-t, permainan sukan, persembahan artis popular dan demonstrasi grafiti.

Begitupun, kemuncak The Big F&N Fun Fest menyaksikan kira-kira 1,000 pengunjung bersama-sama mengenakan baju-T berwarna kuning yang tertera emoticon (ikon emosi) senyuman untuk merealisasi impian mencipta senyuman muka terbesar.

Keunikan acara berkenaan diteruskan lagi dengan pelepasan ribuan belon harapan berwarna jingga ke udara yang membawa mesej keamanan dan keriangan.

Selain itu, sepanjang acara yang dikendalikan oleh dua pengacara popular iaitu Awal Ashari dan Denise Keller pengunjung turut diberikan minuman secara percuma.

Pengurus Besar Pemasaran Serantau F&N (Singapura) Pte. Ltd., Chris Ng, berkata, The Big F&N Fun Fest merupakan platform terbaik golongan belia melihat sisi positif kehidupan mereka.

“Mereka juga dapat menyalurkan tenaga positif berkenaan dengan menghargai kehidupan sihat dan menyeronokkan bersesuaian dengan falsafah F&N.

“The Big F&N Fun Fest memenuhi minat dan mengikut pilihan golongan belia dari segenap lapisan negara ini,” katanya.

Chris Ng menambah, sokongan dan kedatangan pengunjung sangat menggalakkan sekali gus menunjukkan minat mendalam terhadap keunikan acara itu.

Katanya, aktiviti-aktiviti yang ditawarkan juga menyemai semangat kerjasama dan keakraban dalam kalangan pengunjung.

“Jenama F&N sudah lama melibatkan diri dengan aktiviti golongan belia dengan kerjasama bersama organisasi-organisasi lain di negara ini.

“Kita berharap akan dapat terus menunaikan tanggungjawab memimpin golongan muda dengan aktiviti ceria, kreatif dan menyihatkan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: