Saturday, August 28, 2010

Panasonic hadiahkan Alza


YUNG CHANG bersama kereta Perodua Alza yang menjadi miliknya selepas menjadi pemenang peraduan Perayaan 1 United anjuran Panasonic.


WALAUPUN tidak menyambut Ramadan, namun ia menjadi bulan bertuah buat pelanggan Panasonic, Thien Yung Chang, 30, apabila diumumkan pemenang bulan Julai peraduan Perayaan 1 United anjuran Panasonic dengan membawa pulang sebuah Perodua Alza.

Eksekutif pemasaran syarikat swasta berasal dari Tawau, Sabah itu berjaya memenangi salah satu daripada tiga buah Perodua Alza yang ditawarkan sebagai hadiah utama dalam peraduan berlangsung sejak 5 Julai hingga 27 September ini.

Pengarah Jualan Panasonic Malaysia, Cheng Chee Chung, berkata, sepanjang peraduan berlangsung selama tiga bulan itu, pelanggan Panasonic berpeluang memenangi tiga hadiah utama iaitu Produa Alza pada setiap bulan.

"Selain daripada tiga buah kereta berkenaan yang menjadi hadiah utama, pelanggan juga boleh memenangi 111 hadiah bonus seperti televisyen plasma, peti sejuk dan penghawa dingin pada penghujung peraduan ini kelak.

"Peraduan berkenaan diadakan adalah bersempena Hari Kemerdekaan, sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Malaysia," katanya ketika mengumumkan pemenang hadiah utama bulan Julai baru-baru ini.

Turut hadir ialah Pengarah Urusan Panasonic Malaysia, Jeff WL Lee dan timbalannya, Kazuteru Tomachi.

Chee Chung menambah, peraduan berkenaan turut diadakan untuk menghargai pelanggan setia yang sentiasa memberi sokongan terhadap produk keluaran Panasonic.

Ujarnya, pelanggan hanya perlu berbelanja produk Panasonic sebanyak RM200 untuk layak menyertai peraduan berkenaan dan mengira angka 1 dengan tepat dalam ilustrasi diberikan kepada mereka.

Sementara itu, Yung Chang menyatakan, dia sama sekali tidak menduga pembelian lima unit pendingin hawa jenama Panasonic bernilai RM8,000 membawa tuah kepada dirinya.

"Saya baru sahaja membeli rumah baru dan kini memenangi sebuah kereta pula," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: