
Dalam usia 24 tahun, gadis ini berjaya mengukir sejarahnya sendiri. Dia yang pernah terlibat dalam persembahan pembukaan untuk konsert Steve Voi, ketika seawal usia 15 tahun, turut mengiringi beberapa persembahan artis popular seperti, Carrie Underwood (juara America Idol dan juga Santana.
Malah lagu dendangannya ‘According To You’ daripada album ‘Believe’ turut mencipta sejarah tersendiri apabila dicatatkan sebagai ‘first single of the week’ di iTunes (2009). Malah lagu terbarunya, ‘Shut Up and Kiss Me,’ juga bakal meraih kejayaan yang sama setelah mendapat sambutan yang hebat sejak diputarkan di stesen radio AS, April lalu.
Bagi anda yang ingin menyaksikan sendiri kehebatan dan kejutan yang bakal dicipta Orianthi, jangan lepaskan peluang untuk berkumpul di KL Live dengan mendapatkan tiket serendah RM98. Untuk maklumat lanjut layari, www.rockthisjoint.com.my atau www.axcess.com.my.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: