Sunday, August 22, 2010

Ros emas pengikat kasih




SETIAP kali tiba musim perayaan, kaum wanita tidak pernah lupa membeli barang kemas baru. Justeru itu, sempena Aidilfitri tahun ini, anda menghadiahkan keluarga dan rakan tersayang sesuatu yang amat berharga.

Bukan sahaja merapatkan hubungan silaturahim, hadiah tersebut sebagai tanda ucapan terima kasih.

Sebagai jenama barang kemas, Tomei meraikan hari raya pada tahun ini dengan memperkenalkan koleksi Ikatan Kasih.

Selain itu, Tomei hadir dengan koleksi khas emas prima, Maharani Ros. Buat pertama kalinya, Tomei memperkenalkan ros emas berserta dengan kotak berbunga harum. Ros tersebut disadur dengan emas tulen 999.9.

Uniknya, emas itu diperbuat menggunakan tangan dengan rekaan yang menarik.

Kebiasaannya, umat Islam akan memberi hamper sebagai hadiah pada musim perayaan. Namun, dengan pembelian cenderahati berbentuk bunga ros emas, pasti Aidilfitri lebih meriah.

Ia dikeluarkan dalam kuantiti yang terhad dan hanya boleh diperolehi di Alamanda Putrajaya, Sunway Pyramid, Sungei Wang Plaza, Pavilion, Queensbay Mall Penang, Gurney Plaza Penang, The Spring Kuching dan 1 Borneo Kota Kinabalu.

Sementara itu, bagi peminat barang kemas, pelbagai set rantai, gelang, subang dan cincin dengan ukiran bunga ros boleh memilikinya dengan harga yang berpatutan sempena Aidilfitri.

Koleksi terbaru itu terdiri daripada rekaan emas dan berlian yang memaparkan penampilan rangkaian rekaan bermotifkan seni halus dan berkonsepkan kasih antara insan.

Koleksi tema amat sesuai dengan wanita hari ini yang anggun dan penuh sifat kelembutan. Rekaan yang unik dibentuk bersama emas putih, emas ros dan emas 916. Ia direka dengan penuh teliti dan kelembutan untuk menonjolkan sifat semula jadi wanita yang lemah lembut dan cantik.

Antara koleksi paling unik adalah cincin Ikatan Kasih Bintang yang digayakan secara berasingan atau padankan kedua-duanya. Lebih manis, cincin ini dihiasi dengan berlian kecil.

Untuk menambah keterujaan pembeli, Tomei turut menghadiahkan barangan percuma dan pakej musim perayaan yang meriah.

Sempena Pencarian Citra Wanita anjuran One Drop Perfumes dan Mingguan Malaysia, Tomei turut menawarkan barang kemas untuk pemenang hadiah utama, kedua dan ketiga.

Tomei juga berbesar hati menyediakan baucer sebagai hadiah sagu hati.

Pengurus Kanan Pemasaran dan Pengiklanan Tomei, Christine Lim yakin wanita dan barang kemas tidak dapat dipisahkan. Justeru itu, Tomei tidak keberatan memberi sokongan sebagai tanda penghargaan kepada wanita yang sentiasa mementingkan kecantikan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: