Sunday, August 22, 2010

Liana ajak sertai pencarian One Drop


Liana


AWALNYA, secara tidak sengaja dia terlihat iklan jawatan kosong untuk Perhubungan Awam One Drop Sdn. Bhd. Didorong oleh minat dia mencuba nasib menghantar permohonan walaupun tiada pengalaman dan latar belakang pendidikan tiada kaitan langsung dengan bidang tersebut. Nurliana Rosli tidak sangka dipanggil temuduga dan seterusnya diterima bekerja.“Alhamdulillah, pekerjaan ini memberikan kepuasan pada diri saya lantaran melalui pengalaman berbeza setiap hari,” jelas wanita berusia 26 tahun ini.

Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan, Nurliana ingin mempertingkatkan kemampuan berkomunikasi dan menambahkan pengetahuan.

“Bermula dengan 'zero', boss banyak beri tunjuk ajar. Saya perlu bekerja dengan pengawasan yang minimum. Bidang ini memerlukan banyak kesabaran, ketelitian dan bijak membawa diri,” ujarnya.

Sementara itu, Nurliana mengajak wanita menyertai Pencarian One Drop Perfumes Citra Wanita yang telah pun bermula bulan lalu.

Pencarian anjuran One Drop dengan kerjasama Mingguan Malaysia diilhamkan berdasarkan sambutan yang baik terhadap ruangan Citra Wanita.

Menurut Nurliana, pelbagai hadiah menarik disediakan termasuk wang tunai, set barang kemas dan pakej pelancongan.

Nasihatnya kepada wanita yang ingin menyertai pencarianini,`ambil peluang sebagai platform untuk menguji dan membuktikan kemampuan diri dan serlahkan personaliti anda.

“Kita bukan mencari wanita cantik sahaja, tetapi juga mereka yang mempunyai keyakinan. Selain itu, mereka bekerjaya tidak semestinya dalam bidang profesional. Mereka yang bekerja secara sambilan juga boleh menyertai,” ujar Nurliana.

Sementara itu, orang ramai yang berminat boleh mendapatkan borang penyertaan yang disiarkan di sisipan Kesihatan, Mingguan Malaysia. Untuk keterangan lanjut sila hubungi, Zuera (019-3126094) atau Lieya (03-92210202/03).

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: