![]() |
| Pada bulan puasa suntikan insulin untuk pesakit diabetes dibuat sebelum makan. |
PESAKIT diabetes yang kurang mempunyai 'ilmu' sering mengeluh tidak dapat melaksanakan ibadah puasa sebaiknya. Kekurangan 'ilmu' itu menyebabkan mereka was-was dan bertindak mengikut kehendak tubuh - jika berupaya puasa mereka akan berpuasa dan bila sebaliknya maka berbukalah jawapannya.
Sebenarnya, agama Islam itu bukanlah sesuatu yang sukar. Ia mudah selagi kita sebagai hamba Allah mahu mencari ilmu dan ketahuilah tiap-tiap kesulitan pasti ada jalan dipermudahkan. Dengan syarat ada daya usaha untuk mencari penyelesaiannya.
Pesakit diabetes zaman ini memang beruntung kerana akses tentang cara perlaksanaan puasa telah disebar luas sebagai panduan untuk mereka. Sebagai pakar yang berpengalaman menangani penyakit dan pesakit diabetes, Dr. Norshinah Kamarudin dari Hospital Pakar An-Nur mempunyai huraian tentang bagaimana pesakit diabetes boleh menjalani rukun Islam ketiga ini dengan sebaiknya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: