Saturday, August 21, 2010

Raja Azmi tidak mengaku bohong


RAJA AZMI (kiri) ditemani suaminya, Jalani keluar dari kamar Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta semalam.


KUALA LUMPUR – Penerbit filem Raja Azmi Raja Sulaiman yang kelihatan letih selepas semalaman bermalam di lokap dibawa oleh polis menghadiri perbicaraan kes saman sivil berhubung penjualan tanah berharga RM5.9 juta melibatkan dirinya di Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Dia yang juga isteri kepada jaguh badminton negara, Jalani Sidek dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM8,000 selepas prosiding itu berlangsung selama 20 minit di hadapan Hakim Datuk Lim Yee Lan. Perbicaraan bermula pada pukul 9.25 pagi.

Selain Jalani, turut hadir di mahkamah ialah anak sulungnya, Puteri Suraya dan suaminya, Mohd. Shadan Hashim.

Pada 12 Julai lalu, Yee Lan memerintahkan Raja Azmi hadir ke mahkamah berkaitan isu penjualan tanah di Balakong namun kegagalan penerbit filem itu berbuat demikian menyebabkan waran tangkap dikeluarkan.

Sapina kepada Raja Azmi dikeluarkan pada pukul 8.15 malam 9 Julai lalu dengan notis kehadirannya diletakkan di atas bonet kereta Mercedes Benz B170 bernombor pendaftaran WRC 9945 selepas penerbit filem itu enggan menerima sapina tersebut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: