
SHAH ALAM - Seminggu selepas penangkapan dua lelaki yang terbabit dalam kegiatan nikah sindiket Pak Sheikh, salah seorang daripadanya berjaya dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.
Tertuduh, Abdul Rahman Adam, 46, seorang penolong amil zakat di sebuah kariah masjid di sini didakwa atas tuduhan bersubahat menikahkan pasangan secara sindiket di sebuah rumah pada hari ketiga Ramadan 13 Ogos lalu.
Namun, rakan subahat tertuduh iaitu jurunikah tanpa tauliah yang merupakan seorang warga Indonesia berstatus kerakyatan tetap (PR) gagal hadir untuk dibacakan pertuduhan. Dia dipercayai telah melarikan diri.
Abdul Rahman yang hadir bersama beberapa rakan mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut dan mohon dibicarakan.
Sementara jurunikah palsu berkenaan, Asbai' Rofik, 56, dari Indonesia pula dikenakan waran tangkap oleh mahkamah atas kegagalan hadir ke mahkamah.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: