![]() |
| DEWI PERSSIK |
BUAT artis dangdut Dewi Perssik, menjalani ibadat berpuasa bukan bererti harus mengurangkan kegiatan seharian.
Penyanyi dangdut tersebut tidak akan menolak sebarang undangan walaupun sedang berpuasa. Prinsip Dewi, dia tidak sekali-kali akan mempamerkan ibadatnya.
"Dia akan melakukan tugasannya tidak kira siapa pun yang memintanya," ujar wanita yang akrab digelar DP ini.
Bagi Dewi, urusan puasa adalah antara dirinya dengan Tuhan.
"Masalah puasa adalah urusan saya secara peribadi dengan Tuhan. Saya serahkan sepenuhnya pada Tuhan. Pastinya saya ingin menjadi manusia yang baik.
"Waktu saya beribadat, saya tidak mahu masyarakat tahu. Saya tidak mahu menunjuk-nunjuk. Apa yang pasti saat menjalani ibadat, saya ialah Dewi Murya Agung, bukan Dewi Perssik," katanya.
"Doa saya adalah untuk saya menghargai diri saya sendiri. Kerana apa yang kita lakukan, baik atau buruk kadang-kadang tidak sesuai dengan pendapat orang lain.
"Maka sewaktu kita mengenali diri kita sendiri dan menghargainya secara sedar, kita pasti tidak akan menyakiti orang lain," terangnya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: