Tuesday, August 3, 2010

Program terbaik sepanjang Ramadan di Astro

Bersesuaian dengan bulan suci yang bakal menjelma, Astro juga tidak ketinggalan untuk menyajikan program-program terbaik sepanjang Ramadan.

Pengarah Eksekutif Astro Entertaiment Sdn. Bhd. Zainir Aminullah, setiap saluran Melayu di Astro seperti Astro Prima, Warna, Ria, Awani, Citra dan Oasis bakal menghidangkan program terbaik yang penuh dengan pengajaran serta pengisian rohani untuk dihayati bersama.

Menerusi Astro Prima, telemovie menarik seperti Isteri Buat Ayahku, Mee Janda, Burger Layan Diri, Teh Tarik Kurang Manis dan Anak Rintih bakal menemui penonton. Selain itu, dua buah drama bersiri, Geng Surau (Astro Oasis) dan Qalesya musim kedua (Astro Prima) juga bakal menceriakan anda sepanjang Ramadan ini. Istimewa bulan puasa ini juga, Astro Prima akan menyiarkan program majalah hebat berjudul Merisik Khabar yang diilhamkan dari segmen bersama Aznil Haji Nawawi di radio Era FM.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: