![]() |
| zulkiflee Mazlan memakaikan pingat kepada salah seorang penerima, sambil diperhatikan Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu, Datuk Mohd Ali Baharom (tengah) di Bandar Bukit Puchong, Selangor baru-baru ini. |
JASA bekas tentera tetap dihargai walaupun sudah menamatkan perkhidmatan dalam Angkatan TenteraMalaysia (ATM) malah keberanian dan sumbangan mereka akan terus dikenang.
Itulah yang dilakukan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (ATM) yang bertanggungjawab menjaga kebajikan bekas tentera dan berusaha menjejak pesara lain yang belum mendaftar sebagai ahli.
Ketua Pengarahnya, Mejar Jeneral Datuk Zulkiflee Mazlan berkata, penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) yang bermula tahun lalu juga merupakan cara mereka menghargai bekas anggota yang memberi sumbangan besar dalam menjaga keamanan negara.
"Sebenarnya, penerima PJM bukan hanya terdiri daripada anggota yang mengangkat senjata untuk berperang dan memburu komunis sahaja.
''Malah mereka yang bertugas sebagai kerani atau pemandu pada masa itu juga layak diberi penghormatan kerana situasi sukar yang dihadapi ketika menjalankan tugas, ia memerlukan keberanian dan semangat yang luar biasa," katanya kepada Utusan Malaysia.
Beliau ditemui ketika Majlis Berbuka Puasa dan penyampaian PJM kepada veteran ATM Selangor.
Pada majlis itu, seramai 19 orang bekas anggota yang telah berkhidmat antara tempoh 1 Januari 1969 hingga 2 Disember untuk operasi menentang Parti Komunis Malaya (PKM) dan yang menentang Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU) .dari tempoh 1 Januari 1969 hingga 17 Oktober 1990.
Mengenai PJM, Zulkiflee berkata, pengurniaan itu bukan tertakluk kepada mereka yang telah pencen sahaja, malah ia turut diberikan kepada anggota yang masih berkhidmat.
"Bagi yang telah bersara, apabila mereka mengesahkan alamat dan perkhidmatan, kita akan mengenalpasti tahun perkhidmatan dan setelah urusan itu selesai, mereka layak menerimanya," katanya.
Bagi salah seorang penerima, Leftenan Kolonel (B) Ir. Kamarulzaman Zainal, 47, beliau mempunyai cerita yang berbeza daripada rakan seperjuangan yang lain.
"Saya ditugaskan dalam aspek teknikal iaitu menyelia enjin pesawat dan melakukan kerja-kerja kejuruteraan dan memang tidak terlibat dengan pertempuran sepanjang tempoh perkhidmatan.
"Jadi apabila dianugerahkan PJM ini, memang satu penghormatan besar kepada saya," katanya.
Mengimbas karier awalnya dalam pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal daripada Universiti Texas, Amerika Syarikat (AS) itu berkata, beliau merupakan pelajar tajaan daripada Kementerian Pertahanan.
"Selepas pulang ke Malaysia, saya ditauliahkan menjadi anggota TUDM dan di situ bermula karier saya dengan TUDM.
"Walaupun tidak terlibat dengan pertempuran, skop tugasan saya ketika itu boleh dikatakan agak mencabar dan tanggungjawab yang dipikul memang besar kerana dihantar ke luar negara untuk mempelajari selok belok tentang enjin pesawat yang dibeli kerajaan kita," katanya.
Menurutnya, beliau kemudiannya telah dihantar ke Australia selama dua tahun iaitu bermula 1994 hingga1995 untuk menimba pengalaman kerja dengan Tentera Udara Australia.
"Pada tahun itu, kerajaan kita telah membeli lapan buah pesawat SA 18 buatan Amerika S yarikat (AS) dan kita bekerjasama dengan Australia kerana negara itu terlebih dahulu menggunakannya.
"Jadi sepanjang tempoh dua tahun di sana, memang saya mengutip pengalaman untuk dicurahkan kepada TUDM malah saya dan rakan-rakan yang terlibat untuk menunda pesawat yang dibeli itu ke negara kita," katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: