
BUKIT MERTAJAM – Seorang penjual sayur mati dalam keadaan mengerikan selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah lori membawa muatan batu kuari di Jalan Tanah Liat menghala ke Penanti di sini semalam.
Mangsa, Mohd. Yussof Ishak, 59, dari Kubang Semang di sini maut di tempat kejadian setelah terperosok ke dalam longkang dan dihempap motosikalnya serta runtuhan tebing longkang.
Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (IPD SPT), Asisten Supritendan Nanda Maarof berkata, kemalangan berlaku apabila lori yang sarat membawa batu kuari menuju ke Bukit Mertajam dari arah Penanti itu merempuh mangsa dari arah bertentangan.
“Lori tersebut yang terbabas di longkang berhampiran telah menyeret mangsa menyebabkan mangsa dan motosikalnya turut terperosok ke dalam longkang berkenaan,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: