
KUANTAN – Penduduk di Bukit Setongkol, Indera Mahkota dan Semambu di sini cemas apabila kawasan itu dilanda ribut kencang ketika kebanyakan mereka sedang menyiapkan juadah untuk berbuka puasa kelmarin.
Semasa kejadian selama 10 minit bermula pukul 6.45 petang itu, berpuluh-puluh pokok sekitar Taman Bukit Setongkol Jaya, Taman LKNP, Taman Indera Mahkota 2 serta Perumahan Indera Mahkota 1 tumbang menghempap rumah dan kenderaan penduduk.
Menurut seorang penduduk, Shamsuddin Bakar, 53, dia dan keluarganya terpaksa meninggalkan rumah untuk menyelamatkan diri semasa kejadian itu berlaku.
“Pada mulanya cuaca amat baik dan tiada tanda-tanda mahu hujan. Bagaimanapun, tiba-tiba saya dengar bunyi berdentum dari luar dan bumbung rumah kami terangkat ditiup angin kencang.
“Ribut tersebut merupakan kejadian terburuk di Kuantan sejak kali terakhir berlaku tiga tahun lalu,” kata Shamsuddin ketika ditemui di Bukit Setongkol Jaya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: