PETALING JAYA – Kira-kira 30 penduduk Kampung Sungai Kayu Ara, Damansara di sini menyuarakan bantahan terhadap pembinaan jejambat baru di kampung itu yang dilihat terlalu sempit dengan beza kira-kira 1.066 meter berbanding jejambat sedia ada, 2.8 meter.
Seorang penduduk, Sulaiman Abd. Halim, 63, berkata, mereka bimbang jejambat yang akan digunakan oleh penduduk di kedua-dua bahagian kampung iaitu Kampung Kayu Ara Utara dan Selatan itu boleh menjejaskan keharmonian mereka selama ini.
“Apabila lebar jejambat ini kurang sehingga 1.066 meter daripada jejambat sedia ada, maka cuma satu motosikal sahaja yang boleh melalui jejambat ini pada satu-satu masa.
“Jika bertembung, pasti akan menyukarkan dan hal ini akhirnya akan mengundang kemarahan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: