GEORGE TOWN – Seramai 600 penduduk pangsapuri Krystal Villa di sini membantah pemasangan lebih 15 alat pemancar telekomunikasi berdekatan kediaman mereka kerana ia didakwa menjejaskan kesihatan.
Penduduk itu berkumpul sejak pukul 10 pagi di pekarangan pangsapuri bagi meluahkan rasa kecewa dengan kewujudan pencawang di atas bumbung bangunan kompleks pejabat Krystal Point yang terletak 100 meter dari kediaman mereka sejak dua tahun lalu.
Selain mempersoalkan pemasangan terlalu banyak alat tersebut, penduduk mendakwa berhadapan dengan risiko radiasi gelombang elektromagnetik yang menyebabkan beberapa penduduk kerap sakit.
Wakil penduduk, Joseph Yap, 48, berkata, pihak berwajib wajar memberi perhatian serius terhadap aduan mereka kerana pemancar tersebut menjejaskan kehidupan penduduk di 104 unit kediaman di situ.
“Berpucuk surat telah kami hantar kepada Exco Kerajaan Tempatan, Chow Kon Yeow sejak dua bulan lalu tetapi sehingga hari ini masih tidak dijawab,” katanya di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: