Saturday, August 28, 2010

Pelombong diberi ubat antikemurungan


SATU imej dari sebuah stesen televisyen kelmarin menunjukkan wajah seorang pelombong yang terperangkap di sebuah lombong tembaga di Copiapo, Chile.


COPIAPO, Chile - Seramai 33 lelaki yang terperangkap di dalam sebuah lombong tembaga di dalam tanah di sini selepas dinding gua runtuh sejak 5 Ogos lalu didapati semakin kurus tetapi sihat.

Maklumat itu diperoleh selepas sebuah stesen televisyen menyiarkan buat pertama kalinya kelmarin gambar-gambar pelombong tersebut yang sedang terperangkap.

Gambar itu dirakamkan menerusi sebuah kamera kecil yang dihantar ke dalam lombong menerusi lubang kecil sedalam 700 meter.

Imej-imej itu menunjukkan sekumpulan lelaki berdiri, berbaring dan berjalan.

Seorang lelaki dengan bangganya menunjukkan kawasan perlindungan sebesar bilik tidur dan ruang untuk berjalan-jalan.

Sementara itu, ubat antikemurungan akan diberikan kepada pelombong tersebut selepas diberitahu mereka cuma akan dikeluarkan sebelum sambutan Hari Krismas tahun ini.

Pelombong-pelombong itu akan hidup di dalam lombong bawah tanah kira-kira empat bulan sebelum anggota-anggota penyelamat dapat membawa mereka keluar.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: