Saturday, August 28, 2010

Gambar seksi bekas perisik


SEORANG lelaki membaca akhbar Tvoi Den yang menyiarkan
gambar-gambar seksi Anna Chapman di Moscow semalam.


MOSCOW - Ejen perisik seksi Rusia, Anna Chapman sekali lagi mengundang kontroversi apabila sebuah akhbar tempatan menyiarkan gambar-gambar erotiknya, menurut beberapa laporan semalam.

Pada bulan lalu, wanita berusia 28 tahun itu terbabit dalam krisis pengintipan terbesar antara Amerika Syarikat (AS) dan Rusia sejak Perang Dingin yang membawa kepada pertukaran sejumlah ejen kedua-dua negara.

Selain beberapa mesej di laman Facebook, Chapman memencilkan diri sekembalinya ke bandar raya ini dengan beberapa laporan menyatakan, dia berdepan soal siasat menyeluruh oleh Perkhidmatan Perisikan Luar (SVR).

Namun, akhbar tempatan, Tvoi Den dan laman web popular, Lifenews menyiarkan enam gambar Chapman yang dirakamkan pada 25 Julai dalam satu sesi fotografi untuk penerbitan sebuah anak syarikatnya, majalah Zhara.

Rakaman itu menunjukkan Chapman di bersandar pada dinding bilik sebuah hotel lima bintang di Moscow dengan berpakaian ketat dan menggigitbingkai sepasang kaca mata hitam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: