
MENGAMBIL tempias suasana musim luruh dan sejuk jenema kosmetik Shiseido melancarkan palet trio pembayang mata menawan.
Koleksi pembayang mata terbaru yang bakal ditawarkan di kaunter Shiseido pada pertengahan bulan Ogos ini menampilkan lebih daripada lima palet pembayang mata pelbagai warna.
Menurut duta Shiseido Syafinaz Selamat, kemunculan koleksi kosmetik mata tersebut bagaikan memberi peluang kepada wanita tempatan untuk tampil anggun dan berani. Apatah lagi apabila olesan pembayang mata disempurnakan dengan celak, maskara san penggaris mata.
Tiga warna berbeza dalam satu palet pembayang mata bertujuan mengajak wanita bijak bereksperimen dari aspek teknik mengaplikasi semua warna pada kelopak mata.
![]() |
| SYAFINAZ tampil lebih anggun selepas mengenakan pembayang mata gabungan warna biru, kuning kehijau-hijauan dan hijau tembaga. |
“Sebelum ini kelopak mata saya hanya dihiasi dengan satu atau dua warna pembayang mata tetapi kini sebaliknya. Saya tidak menyangka sama sekali sapuan tiga warna berbeza secara sekali gus menyuntik rias wajah menarik dan menyegarkan.”
“Cara aplikasi pembayang mata ini juga mudah dan memberikan hasil yang memukau. Dengan adanyapalet trio ini wanita tidak perlu lagi tertumpu pada penggunaan satu rona saja. Lagipun, warna-warna pada tujuh pembayang mata ditawarkan sesuai diaplikasi ke pejabat, bersantai atau ke majlis keramaian,” kata Syafinaz pada majlis pelancaran pembayang mata trio Shiseido di pusat beli-belah Sogo, Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, jurusolek Shiseido, Purple Yap menyatakan palet pembayang mata trio ini bukan sahaja sesuai dipakai oleh wanita berusia 30 tahun keatas malah ideal untuk golongan remaja.
Bagi wanita yang ingin tampak funky atau ceria pilih saja pembayang mata yang terdiri daripada warna-warna terang seperi hijau, kuning, ungu atau merah jambu.

Sementara itu nuansa hijau gelap, krim, kelabu dan hitam sesuai untuk rias mata teknik smokey atau mereka yang ingin menghadiri majilis makan malam.
Sehubungan itu, sempena lebaran yang bakal menjelang, Purple Yap, mendedahkan teknik solekan mata menggunakan pembayang mata yang terdiri daripada warna biru, kuning kehijau-hijauan dan hijau tembaga.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: