
DENGAN hanya berbelanja menggunakan sekeping kad dan mengumpul skor tertinggi, peluang bagi memenangi hadiah berupa sebuah kereta mewah terbuka luas.
Itu yang berlaku kepada pemenang hadiah utama program Got Score Cash and Cars, Chan Chee Wah yang membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta Mercedes-Benz C200k bernilai RM250,000 sekali gus menjadi pemenang pertama membawa pulang hadiah utama program dianjurkan oleh Kad MBF itu.
Beliau mengetepikan empat lagi peserta lain yang masing-masing membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM2,500 setiap seorang.
Chee Wah menjelaskan beliau menggunakan kad MBF dalam tempoh dua bulan untuk berbelanja dan membeli keperluan asas barangan runcit dan petrol, namun tidaklah meletak sebarang harapan untuk memenangi hadiah.
"Saya rasa sungguh bertuah pada hari ini. Kemenangan ini sememangnya tidak saya duga," jelas Chee Wah ringkas.
Menurut Presiden Kad MBF, John Ding, program yang dilancarkan pada 1 Mei lalu itu adalah sebagai cara untuk memberi peluang kepada pemegang kad MBF untuk memenangi 100 hadiah wang tunai harian dengan hanya berbelanja minimum RM50 .
"Kad MBF berbesar hati untuk memberi ganjaran kepada pemegang kad dan menawarkan hadiah setiap hari selain kereta mewah setiap dua bulan.
"Menjelang akhir Ogos ini pula kami akan menentukan pemenang yang akan membawa pulang sebuah kereta BMW320i," jelas John.
Walaupun Chee Wah membawa pulang hadiah kereta mewah tersebut, pengguna kad MBF yang lain masih lagi berpeluang memenangi kereta mewah seperti BMW 320i Sports, Mini Cooper S, Audi A4 1.8T dan Volkswagen Scirocco untuk pemilihan akan datang.
Bagaimana menyertainya? Ahli Kad MBF perlu mendaftar kod kelulusan enam angka yang tertera pada slip urus niaga bersama Kad MBF. Hasil tambah enam angka kod kelulusan tersebut dengan jumlah tertinggi akan berpeluang untuk memenangi hadiah harian iaitu RM1,000 untuk seorang pemenang manakala 99 yang lain akan mendapat RM50.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: