Monday, August 23, 2010

Nyaris diculik

TELUK INTAN: Dua murid sebuah sekolah rendah, di sini, nyaris menjadi mangsa culik dalam satu kejadian di pekarangan sekolah mereka di sini, Jumaat lalu.

RAKAM  ...gambar suspek yang berjaya dirakam kamera litar tertutup   di kawasan berdekatan pagar sekolah.
RAKAM ...gambar suspek yang berjaya dirakam kamera litar tertutup di kawasan berdekatan pagar sekolah.
Dalam kejadian jam 4 petang itu, seorang lelaki berusia lingkungan 30-an menghampiri murid darjah enam dan lima sebuah sekolah rendah di Jalan Padang Tembak di sini dan memberitahu mereka bahawa datuknya cedera parah, patah tangan dan kaki selepas terbabit dalam satu kemalangan jalan raya.

Mangsa yang terkejut kemudian bersetuju mengikuti suspek dan rakannya yang bersimpati memutuskan untuk menemaninya.

Namun ketika berjalan ke luar pagar sekolah, kedua-dua murid itu tiba-tiba sangsi dengan cerita suspek dan tindak tanduknya yang mencurigakan.

Selepas berbisik sesama sendiri, kedua-duanya bertindak melarikan diri secara tiba-tiba dan memberitahu perkara itu kepada seorang guru mengenai kehadiran suspek.

Guru itu kemudian bergegas ke pintu sekolah tetapi gagal menemui suspek yang dipercayai sudah melarikan diri selepas menyedari tembelangnya pecah.Tindakan pengurusan sekolah memasang kamera litar tertutup berdekatan pintu pagar sekolah berjaya merakamkan aksi suspek yang berjalan bersama dua murid terbabit.


Bagi mengelak suspek mencari mangsa baru selepas gagal dalam cubaan culik dua murid itu, ibu bapa mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Teluk Intan.Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, ketika kejadian kedua-dua mangsa menunggu ibu bapa mereka untuk pulang.

Katanya, polis kini memburu suspek yang cuba melakukan penculikan itu dan pada masa sama, turut memuji tindakan pihak sekolah memasang kamera litar tertutup.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: