![]() |
| IBU tunggal beranak satu ini merasakan dirinya lebih matang dan dewasa ekoran penceraian. Nora turut berhati-hati untuk mengenali hati lelaki. |
SENYUM selalu mengiringi wajah manis Nora Danish. Entah apa yang bermain dalam kotak hati dan fikiran wanita berumur 26 tahun ini, hanya senyuman manis menguntum di wajahnya. Namun mungkin sekuntum senyum yang dibawakan itu lebih mempunyai makna kini ekoran janda muda itu dipercayai sedang berbunga cinta dengan seorang lelaki bernama Shahrul. Apabila dijelaskan kepadanya bahawa Shahrul sendiri yang menghubungi Sensasi Bintang untuk bercerita tentang hubungannya dengan Nora, ibu tunggal beranak satu ini hanya mampu tertawa malu di hujung talian.
Sebenarnya dia tidak menyangka sang jejaka itu akan berani bertindak sejauh itu. Nora berfikiran positif bahawa Shahrul cuma mahu membetulkan sedikit informasi yang kini hangat tersebar.
Sewaktu bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli atau Jejai sedang hangat menjalin cinta dan sentiasa digembar-gemburkan dengan pelakon Fasha Sandha, Nora lebih banyak menumpukan perhatian terhadap kerjaya dan buah hati kecilnya, Putera Rayqal.
Nora lebih leka bergelumang dengan penggambaran drama dan kini sedang sibuk dengan produksi drama Putera Katak dan menjadi cameo untuk filem Seru yang diarahkan oleh Pierre Andre.
Baru-baru ini Shahrul membuat pengakuan bahawa dia sedang rapat dan mula mengenali Nora. Komen sedikit?
Kami memang sedang berkawan. Masih terlalu awal untuk membuat sebarang keputusan. Kami baru berkenalan dalam jangka masa sebulan lebih, jadi masih terlalu awal untuk diperkatakan. Semuanya masih dalam proses berkawan.
Bagaimana mula berkenalan dengan Shahrul?
Daripada teman-teman saya dan dia juga seorang lelaki yang meminati fesyen. Jadi ada persamaan di situ. Dia lebih muda daripada saya.
Di kaca mata Nora, Shahrul bagaimana orangnya?

Saya sebenarnya tidak mahu mengulas lanjut perkara ini dan lebih suka untuk mendiamkan diri apabila menyentuh hal-hal peribadi. Tetapi kalau betul-betul saya akan berkahwin nanti, saya pasti akan berkongsi cerita. Kalau setakat baru nak kenal, rasanya tidak perlu dihebohkan. Apa yang boleh saya katakan, Shahrul seorang yang baik dan kalau ada jodoh kelak, apa salahnya.
Hati sudah terbuka untuk menerima lelaki hadir dalam hidup Nora?
Memang hati saya terbuka sejak saya bercerai dahulu. Kegagalan pertama menjadikan saya seorang yang lebih dewasa dan lebih matang. Tetapi peristiwa itu turut menjadikan saya seorang yang lebih berhati-hati untuk mengenali lelaki.
Perancangan raya untuk tahun ini, bagaimana?
Saya akan beraya di Bali bersama keluarga. Memang kebiasannya kami akan bercuti bersama dan selalunya pada hari lahir ibu saya. Tetapi untuk tahun ini kami rasakan Hari Raya ialah cuti yang terbaik untuk kami merehatkan diri di Bali. Saya juga mahu bawa anak saya berjalan-jalan di luar.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: