![]() |
| Ilham biru bagi pasangan bakal pengantin untuk digayakan pada hari bersejarah. |
BUTIK pengantin tumbuh bagai cendawan. Ini kerana terdapat banyak permintaan terhadap busana pengantin dan perkhidmatan yang disediakan. Setiap minggu tidak kira sama ada cuti sekolah atau tidak pasti ada pasangan yang berkahwin dan memerlukan khidmat butik pengantin.
Secara tidak secara langsung ia menggalakkan ramai wanita menceburkan diri dalam dunia perniagaan butik perkahwinan.
Butik Niiz Bridal yang dibuka pada bulan Ogos tahun lalu oleh Fazlina Mustafa Kamil bersama rakan kongsi, Zalila Abdul Ghani menyediakan pelbagai rekaan baju pengantin moden dan tradisional.
Kata Fazlina, pelanggan mempunyai pilihan sama ada menempah dengan membawa fabrik mereka sendiri atau memilih fabrik yang disediakan di butik.
Terdapat banyak pilihan fabrik seperti renda, songket, Shantung dan syifon. Selain busana pengantin daripada fabrik itu sahaja, pengantin juga boleh memilih gabungan fabrik yang di suai padan seperti renda dan songket, Shantung dan syifon, songket dan Shantung dan sebagainya.
Pelanggan juga boleh membawa rekaan mereka sendiri atau berbincang dengan pereka fesyen Butik Niiz Bridal tentang rekaan yang sesuai dengan mereka daripada segi bentuk badan, warna kulit dan keselesaan.
Memperoleh ilham rekaan pakaian daripada majalah-majalah di dalam dan luar negara, Fazlina turut mendapatkan pandangan dan berkongsi idea dengan pelanggan.
Apa yang penting bakal pengantin nampak cantik pada hari bersejarah mereka, gembira dan berpuas hati.
Belum pun setahun namun Butik Niiz Bridal telah mendapat kepercayaan dan menerima tempahan pelanggan dari Negeri Sembilan, Perak, Melaka dan sekitar Selangor.
Selain menyediakan pakaian pengantin, Butik Niiz Bridal juga merupakan pusat sehenti bakal pengantin di mana mereka boleh mendapatkan khidmat solekan, pelamin, hiasan bilik tidur, video dan gambar, gubahan bunga dan katering.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: