Thursday, August 19, 2010

Mulus tanpa kilauan

LEDAKAN teknologi definisi tinggi (HD) dalam industri elektronik kini diterjemahkan dalam koleksi terkini Mac yang menampilkan himpunan warna daripada rona lembut hingga dramatik, khusus untuk sambutan Aidilfitri tahun ini.

pix_middle
pix_topright
Jurusolek Mac, Shahrum Mohd Nor, menyifatkan koleksi DigiPops ini sesuai digayakan siang hari kerana litupan yang nipis namun masih mampu menyerlahkan sisi anggun pada riasan wajah.

"Koleksi edisi terhad ini memberi tumpuan pada mata dan bibir di mana ia antara subjek tarikan utama dalam solekan HD. Solekan HD juga menyerlahkan wajah yang lebih segar, tidak berkilat dan penyudah satin.

"Untuk koleksi ini kami kurang teknik solekan kontur wajah dan lebih kepada menyerlahkan kemulusannya tanpa menggunakan produk kilauan," ujarnya.

Tambah Shahrum, tidak salah menyolekkan wajah dengan rona sedondon seperti busana atau tudung cuma perlu diadun dengan warna lain dalam kumpulan sama.

DigiPops menghimpunkan 28 warna pembayang mata antaranya Deep Truth, Lucky Green, Sunny Spot, Red Brick, Parfait Amour, Vibrant Grape, White Frost, Trax dan Free To Be.Gincu Dazzle yang menawarkan 13 warna pula menghidangkan rona yang tidak keterlaluan seperti Win-Win (merah jambu) dan Sweet Bits iaitu gabungan merah jambu dan ungu lembut.


Akhirinya dengan tujuh pilihan hangat pengilat bibir Dazzleglass iaitu Utterly Posh, You Got The Look, Hi-Falutin, Glamour O, Fabulous Fun, Spanking Rich dan Boys Go Crazy.Koleksi DigiPops ini boleh diperoleh pada harga antara RM65 hingga RM180 di kaunter jualan Mac seluruh Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: