MEGAT Zaharuddin mengumumkan keputusan kewangan suku keempat Maybank sambil diperhatikan Abdul Wahid pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.
SEKTOR perkilangan negara dijangka mengekalkan momentum pertumbuhannya untuk tempoh enam bulan akan datang jika jualan mampu terus berkembang dan permintaan luaran untuk barang dan perkhidmatan berterusan kekal tinggi.Persekutuan Pekilang Malaysia (FMM) dalam kenyataannya berkata, pengumuman Bank Negara Malaysia mengenai pertumbuhan 8.9 peratus ekonomi Malaysia pada suku kedua tahun ini pastinya akan terus membantu meningkatkan keyakinan perniagaan dan pelanggan di negara ini."Pengumuman itu adalah sesuatu yang menggalakkan dan tentunya membantu untuk terus meningkatkan keyakinan perniagaan dan pelanggan di negara ini,” katanya.
FMM berkata, menurut statistik Jabatan Perangkaan, sektor pengeluaran mengekalkan momentum pertumbuhannya bagi suku kedua berturut-turut dengan pertumbuhan 15.9 peratus dan akan terus memacu pertumbuhan eksport terutama untuk produk elektrik dan elektronik yang mewakili 40.2 peratus daripada jumlah eksport keseluruhan Jun lalu yang bernilai RM21.3 bilion.
Katanya, nilai jualan sektor perkilangan pada enam bulan pertama tahun ini juga mencatatkan pertumbuhan dua angka sebanyak 20.8 peratus atau RM45.1 bilion kepada RM261.7 bilion.
“Apapun, tatkala unjuran perniagaan kekal positif, permintaan rendah terus menjadi faktor membimbangkan," kata kenyataan itu.
FMM berkata, bagi mengekal dan meneruskan pertumbuhan tinggi semasa, pelaksanaan dan tumpuan berterusan pada perubahan struktur perlu diambil kira bersama komitmen untuk memperkukuhkan ekonomi berasaskan pasaran yang ditetapkan itu.
Langkah itu katanya, akan menarik paras pelaburan yang lebih tinggi dan mengejar ketinggalan dalam perindustrian.
“Beberapa isu lebih penting termasuk langkah liberalisasi seterusnya ekonomi, mempercepatkan semakan semula undang-undang buruh, menangani kebocoran, pembaziran dan penggunaan sumber yang tidak cekap dan pengenalan dasar mesra perniagaan perlu diberi perhatian," katanya.
FMM berkata, industri pengeluaran tempatan juga mesti meningkatkan pelaburan untuk meningkatkan operasi, meningkatkan kemahiran, mengekalkan bakat dan menjauhi daripada operasi intensif buruh.
"Inisiatif dasar yang mengekalkan persekitaran perniagaan kompetitif adalah penting dalam persekitaran yang semakin sukar ini," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: