LENGGONG: “Saya sedih kerana hasrat abah membeli kuih untuk juadah berbuka tidak kesampaian selepas terbabit dalam kemalangan ngeri itu.
REMUK...keadaan kereta mangsa yang remuk dirempuh treler.
ANGKAT...mayat mangsa dibawa naik kenderaan polis untuk dibawa ke hospital.
Kejadian jam 5.25 petang di Kilometer 25, Jalan Kuala Kangsar-Grik itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke Sauk membeli juadah berbuka.
Akibat pertembungan itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan parah di kepala selepas tersepit di tempat duduk pemandu yang remuk.
Ahmad Ramzi berkata, bapanya yang juga bekas Pegawai Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah Lenggong sempat mengimamkan solat Asar di Masjid An-Nur sebelum memandu bersendirian.
Katanya, arwah memang biasa solat fardu setiap waktu di masjid berkenaan yang terletak hanya 300 meter dari rumah dan kadang-kadang menjadi imam walaupun bukan imam bertauliah.Mangsa meninggalkan seorang balu, Alawiyah Tabligh, 54, dan lapan anak termasuk yang bongsu masih belajar dalam tingkatan lima Sekolah Menengah Sultan Azlan Shah.
Jenazah disembahyang di Masjid An-Nur diimamkan anak saudaranya yang juga Ahli Parlimen Baling, Taib Azamudden Md Taib. Turut hadir Exco Penerangan, Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan dan Perladangan negeri, Datuk Saarani Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rungkup.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Grik, Superintendan Mahad Noor Abdullah, berkata kejadian jam 5.25 petang itu berlaku sebaik mangsa keluar dari satu persimpangan untuk menghala ke Kuala Kangsar.
“Ketika itu, secara tiba-tiba kereta mangsa bertembung dengan treler yang datang dari arah bertentangan.
“Mangsa yang memandu bersendirian mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala selepas tersepit di tempat pemandu,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: