Thursday, August 26, 2010

Maria paling kaya

Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat bermula Isnin ini bakal menyaksikan aksi pemain terbaik wanita bertanding pada kejohanan Grand Slam terakhir tahun ini. Namun apa yang akan dibincangkan bukan hanya kehadiran pemain terbabit tetapi pakaian atau jenama ditampilkan bersama, baik baju, kasut mahupun raket.

Maria Sharapova
Maria Sharapova
Benar bahawa Serena Williams adalah pemain nombor satu dunia, tetapi dia tidak dapat menandingi pendapatan diperoleh bintang Russia, Maria Sharapova. Gadis cantik tinggi lampai itu pastinya berterima kasih kepada penajaan syarikat konglomerat seperti Nike, Sony, Ericsson dan Tiffany sehinggakan berjaya memperoleh pendapatan AS$24.5 juta (RM77.13 juta) tahun lalu, atlet wanita berpendapatan paling tinggi dunia. Maria memperoleh AS$1 juta (RM3.130 juta) daripada hadiah kemenangan dan selebihnya daripada penaja.

Kemunculan anak gadis Russia itu bermula pada 2004 apabila memenangi Grand Slam pertama di Wimbledon. Ejennya, IMG memanipulasi kejayaannya dan mengikat perjanjian dengan syarikat pengeluar dakwat, Canon, Colgate-Palmolive dan Motorola.

Biarpun bergelut beberapa tahun kebelakangan ini akibat dibelenggu kecederaan, dia sudah berjaya muncul juara dua kejohanan tahun ini. Maria berjaya memikat penaja apabila menandatangani kontrak lanjutan lapan tahun bersama Nike yang mencecah nilai AS$70 juta (RM220.350 juta). Perjanjian menerusi syarikat pembiayaan Cole Haan itu membabitkan persetujuan bayaran royalti menggunakan produk Nike berasaskan tenis seperti beg dan kasut.


No 1: Maria Sharapova
Tenis
Pendapatan: AS$24.5 juta (RM77.12 juta)Umur: 23

Kontrak Maria bersama Nike dilanjutkan lapan tahun lagi tahun ini dan dianggar bernilai AS$70 juta (RM220.350 juta), termasuk royalti kasut dan beg jenamanya yang diedar anak syarikat Nike, Cole Haan.

No 2: Serena WilliamsTenis
Pendapatan: AS$20.2 juta (RM63.6 juta)
Umur: 28
Serena menang dua Grand Slam dan rekod hadiah kemenangan AS$6.5 juta (RM20.462 juta) tahun lalu. Ogos tahun lalu, Serena dan kakaknya, Venus menjadi pemilik saham minoriti kelab bola sepak Amerika, Miami Dolphins.

No 3: Venus Williams
Tenis
Pendapatan: AS$15.4 million (RM48.48 juta)
Umur: 30
Venus pula menerima tajaan Oreo, Powerade, Tide dan Wilson. Dia juga penerbit bersama buku "Come to Win" yang dilancar Julai lalu, menceritakan individu berjaya yang bersukan ketika kecil, termasuk, Richard Branson, Bill Clinton, Jack Welch dan Meg Whitman.

No 4: Danica Patrick
Pelumba
Pendapatan: AS$12 million (RM37.78 juta)
Umur: 28
Danica yang berlumba secara sambilan untuk Nascar bermula agak goyah dengan purata kejayaan menamatkan perlumbaan hanya 30.5 peratus. Namun, dia kekal pelumba paling kaya dengan penajaan 10 syarikat.

No 5: Kim Yu-Na
Luncur ais
Pendapatan: AS$9.7 juta (RM30.54 juta)
Umur: 19
Pemenang emas Olimpik 2010 menerima tajaan lumayan syarikat gergasi seperti Hyundai, Nike dan Samsung Electronics. Selain itu, Kim turut ditaja Kookmin Bank yang membeli insurans terhadap bonus AS$1 juta (RM3.130 juta) yang dijanjikan andai Kim berjaya memecah rekod dunia di temasya Olimpik. Dia berjaya melakukannya.

No 6: Annika Sorenstam
Golf
Pendapatan: AS$8 juta (RM25.18 juta)
Umur: 39
Pemain terbaik lapan kali ini bersara daripada golf pada hujung 2008, tetapi kekal menjadi duta Callaway, Cutter & Buck, Lexus dan Rolex. Dia turut terbabit dalam perniagaan berkaitan golf seperti mereka bentuk lapangan, akademi golf dan penghasilan minuman keras.

No 7: Ana Ivanovic
Tenis
Pendapatan: AS$7.2 juta (RM22.67 juta)
Umur: 22
Adidas mengumumkan kontrak seumur hidup dengan bekas pemain nombor satu dunia ini pada Februari lalu. Ana bergelut di gelanggang sejak menang Terbuka Perancis 2008, tetapi laman webnya kekal paling popular di kalangan semua atlet.

No 8: Jelena Jankovic
Tenis
Pendapatan: AS$5.3 juta (RM16.68 juta)
Umur: 25
Jelena muncul pemain wanita pertama di ranking nombor satu dunia tanpa mara ke final Grand Slam pada 2008. Tahun lalu dia mengikat perjanjian dengan syarikat pembuat kasut sukan berpangkalan di China, Anta.

No 9: Paula Creamer
Golf
Pendapatan: AS$5.2 juta (RM16.36 juta)
Umur: 24
Paula terlepas separuh daripada aksi 2010 akibat kecederaan ibu jari tetapi bangkit dengan memenangi Terbuka Amerika Syarikat, iaitu kejohanan keempat selepas dia kembali beraksi. Paula mengumpul AS$7.7 juta (RM24.22 juta) daripada hadiah kemenangan sepanjang kerjayanya, yang ke-12 tertinggi sepanjang zaman.

No 10: Lorena Ochoa
Golf
Pendapatan: AS$5 juta (RM15.72 juta)
Umur: 28
Lorena mengejutkan dunia golf April tahun lalu apabila mengumumkan persaraan daripada kejohanan profesional biarpun masih berada di ranking nombor satu Jelajah LPGA. Dia terus bermain dan menjadi penganjur Lorena Ochoa Invitational, iaitu kejohanan tahunan di Guadalajara, Mexico.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: