KAHERAH: Dua warga Itali ditahan polis di lapangan terbang bandar raya ini semalam ketika cuba meninggalkan Mesir bersama-sama lukisan Vincent van Gogh yang dicuri beberapa jam sebelum itu.
BUNGA Popi.
Menteri Kebudayaan Mesir, Farouk Hosni berkata, pegawai keselamatan lapangan terbang merampas lukisan minyak itu daripada seorang lelaki dan seorang wanita Itali.
Seorang pegawai memberitahu akhbar The Mail: “Pasangan itu dipercayai memotong lukisan itu daripada bingkainya dan menyembunyikannya dalam baju.” Menurut pegawai yang enggan dikenali itu, lukisan itu dicuri pada tengah hari ketika sebahagian pengawal solat Zuhur. Dia juga berkata, semua kamera keselamatan di muzium itu tidak berfungsi sejak sebulan lalu.
Menurut Farouk, laluan keluar menerusi laut dan udara dikawal ketat sebaik kecurian itu disedari, bagi menghalang lukisan itu daripada di bawa keluar dari negara itu.
Sumber keselamatan lapangan terbang berkata, seorang remaja Itali ditahan selepas lukisan yang dicuri itu ditemui padanya. Rakan wanitanya juga ditahan. Ketika disoal, remaja berkenaan mendakwa membelinya daripada seorang warga Mesir dan tidak tahu ia barangan curi, kata sumber itu.
Ini adalah kali kedua lukisan yang dihasilkan pada 1887 oleh pelukis kelahiran Belanda itu dicuri dari Muzium Mahmoud Khalil.
Kali pertama ialah pada 1978 tetapi ditemui semula di Kuwait dua tahun kemudian.
Pegawai tidak memberikan butir penuh mengenai kecurian itu.
Ketika lukisan itu ditemui, Menteri Dalam Negeri Mesir ketika itu berkata, tiga rakyat negara itu yang terbabit dalam kejadian itu ditangkap.
Bagaimanapun, pihak berkuasa tidak memberitahu sama ada mereka didakwa atau tidak.Lukisan tiruan yang dijual di London dengan harga £27 juta (RM135 juta) tidak lama kemudian mencetuskan khabar angin di Mesir kononnya lukisan yang ditemui semula itu palsu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: